Tuesday, August 16, 2011

Yusry KRU Nafi Kenyataannya Kahwin Lisa Surihani


Cyberjaya, 16 OGOS 2011: Berikutan pendedahan eksklusif di dalam Berita Harian pada 13hb Ogos 2011 mengenai perkahwinan antara Yusry Abdul Halim atau Yusry KRU dan Lisa Surihani, pengarah filem berkenaan telah dihujani dengan pelbagai soalan tentang pengesahan mengenai berita tersebut.



Khususnya apabila laporan dalam akhbar harian tersebut menyiarkan laporan bahawa Yusry KRU bakal mendirikan rumahtangga dengan pelakon popular tersebut pada tahun 2012.

Dalam satu siaran akhbar yang dihantar kepada murai.com.my pada pagi tadi, Yusry KRU membuat menjelaskan bahawa beliau tidak pernah memberikan kenyataan sedemikian dan spekulasi tersebut mungkin terjadi kerana salah faham.

“Buat masa ini, Yusri dan Lisa masih belum berbincang tentang isu perkahwinan. Oleh yang demikian, diharap semua pihak dapat memberikan kerjasama dan tidak keliru dengan pendedahan sebuah akhbar arus perdana sebelum ini,” katanya dalam kenyataan yang tersiar di blog zonartis.com.

Walaubagaimanapun, Yusry mengakui bahawa hubungannya bersama Lisa Surihani semakin serius dan berharap pada suatu hari nanti akan sampai ke jinjang pelamin. Buat masakini, pasangan ini masih belum berbincang tentang isu perkahwinan.

Oleh yang demikian diharap semua pihak dapat memberikan kerjasama dan tidak keliru dengan pendedahan Berita Harian baru-baru ini. Yusry memohon maaf di atas kekeliruan yang berlaku dan tidak menyalahkan sesiapa di atas kenyataan yang telah dibuat oleh pihak akhbar berkenaan.

Insya'Allah pada masa yang akan datang jika terdapat sebarang perkhabaran gembira mengenai hubungan Yusry KRU dan Lisa Surihani , pihak KRU Studios akan memaklumkan kepada kesemua pihak media.

No comments:

Post a Comment