Media Prima Bhd telah diarahkan untuk menghentikan siaran iklan Ramadhan yang ditayang menerusi 8TV berikutan kritikan orang ramai yang mengatakan iklan tersebut berunsur perkauman.
Ketua Pegawai Operasi Media Prima, Ahmad Izham Omar mengumumkan keputusan itu setelah mendapat kritikan hebat daripada orang awam. Beliau turut cuba menangkis kritikan tersebut dengan meminta agar orang ramai tidak memperbesarkan iklan yang menasihatkan orang bukan Islam supaya bersopan ketika bulan Ramadhan itu.Iklan tiga siri yang diterbitkan sebagai pengumuman perkhidmatan awam di 8TV memaparkan seorang gadis berbangsa Cina yang makan dikhalayak ramai, memakai baju yang kurang sopan, bercakap kuat dan menyakitkan hati semasa bulan Ramadhan.
Iklan tersebut kemudiannya, meminta supaya orang bukan Islam untuk jangan berperilaku demikian semasa di tempat-tempat awam dan juga untuk memahami dan menghormati Ramadhan.
Apa yang bermain dalam fikiran ketua Media Prima itu ketika mereka mengambil keputusan untuk membuat dan menyiarkan iklan tersebut sukar untuk dibayangkan. Orang ramai terkilan dengan iklan tersebut yang disifatkan sebagai kurang sensitif dan memalukan. Kenyataan beliau yang meminta agar orang ramai jangan memperbesarkan isu itu pula memberi tanggapan bahawa beliau bukanlah seorang pemimpin korporat yang baik dan seharusnya dipecat dengan segera.
Amat menghairankan bagaimana iklan buruk tersebut telah berjaya melepasi tapisan editorial Media Prima. Persoalannya, adakah mereka diperkudakan oleh orang politik? Media Prima sepatutnya lebih sensitif dan buat kajian dahulu sebelum membuat keputusan untuk menyiarkan iklan kontroversi itu. Bukan sahaja ia menghina masyarakat Cina tetapi menimbulkan ketidakselesaan Orang Islam di negara ini.
Orang islam yang lemah mudah tergoda
Iklan tersebut cuba untuk memaparkan komuniti Islam yang tidak dapat untuk menahan godaan justeru meminta orang lain untuk bertimbangrasa terhadap mereka pada bulan mulia ini. Ramadhan adalah bulan mulia untuk kita dan bukan mereka. Maka meminta mereka untuk menjadi bertimbangrasa tidak akan berjaya. Bukan sahaja ia sukar untuk mereka laksanakan malah, kita juga tidak berhak berbuat demikian.
Seperti kita, orang bukan Islam tidak akan faham dan tidak perlu faham. Orang Islam juga tidak perlu memahami fahaman orang bukan Islam. Kita sepatutnya menyarankan kepada masyarakat Islam itu sendiri untuk menjadi lebih sensitif pada bulan Ramadhan. Ini kerana, merekalah yang harus mendapat pahala disisi tuhan. Biarkan sahaja orang bukan Islam dalam soal ini.
Kita harus ingat bahawa mereka yang mengganut agama Buddha, Hindu dan Christian turut berpuasa semasa hari-hari tertentu tetapi tidak sekali pun mereka memaksa kita untuk bertimbangrasa terhadap mereka. Mereka mewujudkan tempat-tempat makan vegetarian mereka sendiri dan tidak makan apabila dilupakan semasa menghadiri jamuan makan yang dibuat oleh orang islam yang tidak terfikir untuk menyediakan makanan untuk mereka. Bertimbangrasakah kita?
Memakan burger daging dan keju berkemungkinan adalah satu penghinaan untuk masyarakat Hindu tetapi mereka tetap berdiam diri. Bagaimana sekiranya orang Cina dan India menyiarkan iklan yang meminta orang islam supaya bertimbangrasa terhadap upacara keagamaan dan kepercayaan mereka? Saya amat terkejut melihat terdapat segelintir orang Islam yang sanggup memulakan permusuhan dengan orang lain semata kerana isu yang menunjukkan kelemahan mereka.
Umat Islam sebenar tidak memaksa orang untuk mengamalkan ajaran agama mereka
Warga Malaysia hidup dalam sebuah negara yang berbilang budaya dan bangsa maka kita semua harus hidup bersama dalam keadaan aman dan harmoni dengan tidak menidakkan hak asasi orang lain. Dengan itu, orang Islam tidak sepatutnya meminta agar orang lain menghormati kepercayaan mereka sahaja. Sebenarnya, orang Islam yang mempunyai iman yang kuat tidak akan menghiraukan apa jua perilaku orang lain semasa bulan yang mulia ini. Walaubagaimanapun, terdapat manusia yang sentiasa sahaja ingin memaksa orang lain menghormati agama mereka sahaja.
8TV bukanlah asing dengan kontroversi kerana sebelum itu, 8TV pernah didenda RM50 000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Mutimedia kerana menyiarkan iklan Carlsberg semasa Euro 3 Comments.
Kritikan bertubi-tubi telah diterima dengan ada di antaranya memanggilkan kita berfikiran sempit dan hipokrit yang berlagak alim. Juga cuba mengalih pandangan daripada dosa lain yang membabitkan orang Islam di negara ini. Bolehkah kita terus mengecam mereka kerana kritikan mereka sekiranya kita terus bersikap tidak sensitive terhadap mereka?
Ada yang menyifatkan iklan Ramadhan tersebut sebagai bodoh, tidak sesuai dan menghina kebijaksanaan masyarakat. Ia juga dikatakan sebagai tidak bertimbangrasa dan memalukan umat Islam. Mereka juga marah terhadap Media Prima dengan mangatakan bahawa Media Prima tidak malu, tidak berotak dan bodoh kerana menghasilkan iklan yang berkonsep sebegitu.
Strategi pilihanraya atau tidak, ia tetap menghina Ramadhan
Ada yang menganggap ini merupakan taktik BN untuk membuat kacau. Streotype wanita Cina yang ditonjolkan dalam iklan tersebut juga dianggap tidak sesuai dan diragui samaada beliau adalah berbangsa Cina ataupun bukan. Iklan tersebut menunjukkan wanita itu bersikap tamak, tidak ambil peduli, tidak sensitif dan biadap.
Sementara itu, ada yang mempersoalkan samaada orang Islam sebenarnya berpuasa atau berpesta dalam bulan ramadhan memandangkan kemewahan makanan yang disajikan di restoran dan hotel-hotel walhal Ramadhan adalah masa untuk memikirkan yang kurang berkemampuan. Ada yang mengajak untuk memboykot 8TV.
Ada dikalangan orang Islam yang merasa tidak adil dan tidak rational untuk mewar-warkan mesej sebegitu kepada masyarakat kita yang berbilang etnik dan kepercayaan. Bagaimanakah kita terus menerus menindas orang lain dan mengharapkan mereka membalasnya dengan megasihi dan menghormati kita? 8TV seharusnya memohon maaf kerana menghina kaum Cina dan tidak sensitif terhadap orang Islam.
No comments:
Post a Comment