Sunday, August 21, 2011

Suspek simbah asid dalam video CCTV berjaya ditangkap


KUALA LUMPUR 20 Ogos - Polis hari ini menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes simbah asid ke atas seorang pemuda yang berlaku di Wisma Bumi Raya, Jalan Raja Laut pada 8 Ogos lalu.





Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, lelaki berusia 28 tahun itu adalah kenalan kepada mangsa.
“Lelaki yang ditahan itu mengenali mangsa dan polis yakin dengan penahanannya dapat membantu pihak polis menyelesaikan kes simbah asid yang berlaku di Jalan Raja Laut itu,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Dalam kejadian itu, mangsa Mohd Rafie Abdul Latif, 27, telah disimbah asid oleh seorang lelaki ketika berada dalam kereta berhampiran tandas awam berdekatan Wisma Bumi Raya di sini.

No comments:

Post a Comment