Thursday, August 18, 2011

Sultan Johor menghadiri Majlis Berbuka Puasa IPK Johor


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menghadiri Majlis Berbuka Puasa Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di Johor Bahru kelmarin.


Turut berangkat, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail dan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar.

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff antara yang hadir pada majlis tersebut yang menyaksikan Tunku Idris menyampaikan cenderamata dan duit raya kepada 48 anak yatim, 25 balu polis dan 25 pesara polis.

No comments:

Post a Comment