KUALA LUMPUR 8 OGOS: Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar hari ini menfailkan saman terhadap kerajaan persekutuan dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar atas tindakan "salah tangkap" pada perhimpuan gabungan Bersih 2.0, 9 Julai lalu.
Dalam saman sivil berasingan yang difaikan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, kedua-dua pemimpin Pas itu mendakwa tangkapan tersebut berunsur fitnah.
Turut dinamakan Ketua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid dan anggota polis Mohd Zaid Mazizat sebagai responden.
Kedua-duanya diwakili oleh peguam undang-undang Pemuda PAS biro Zulhazmi Shariff dan undang-undang firma Tetuan Faiz Fadzil & Co menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan dengan faedah lapan peratus.
Mahfuz berkata kedua-dua mereka tidak melakukan sebarang kesalahan apabila ditahan di KL Sentral dan tidak menegetahui alasan mereka ditahan.
Mereka menyifatkan penahanan tersebut telah mengaibkan kedua-dua mereka selaku ahli parlimen yang mempunyai kenalan di peringkat nasional dan antarabangsa.
Mahfuz berkata bahawa jumlah ganti rugi belum lagi diputuskan namun akan mengambilkira pencegahan supaya perkara tersebut tidak berulangi pada masa hadapan.
"Kita akan berbincang dengan peguam berapa tuntutan ganti rugi. Oleh kerana tanggungan imej kami yang buruk pada peringkat dalam negara dan antarabangsa sudah tentu suatu nilai yang tinggi termasuk memberi peringatan kepada pihak berkuasa supaya mereka tidak mengulangi perbuatan yang mencabuli jumlah yang perlu tidak kurang daripada RM1 juta untuk mencegah berulangnya keadaan sedemikian,"katanya.
Mereka adalah antara 91 individu yang tersenarai dalam perintah larangan memasuki bandaraya Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu berikutan perhimpunan Bersih.
Walau bagaimanapun, kedua-duanya menegaskan bahawa dalam perintah sekatan itu tidak menyenaraikan KL Sentral sebagai sebahagian daripada kawasan larangan buat mereka.

No comments:
Post a Comment