Penduduk Taman Seri Putih di Bukit Rambai mohon surau sejak 2008
MELAKA TENGAH: Akibat ketiadaan surau, penduduk Taman Seri Putih di Bukit Rambai, dekat sini, terpaksa menunaikan solat tarawih sepanjang Ramadan ini di khemah kanvas yang didirikan sementara di taman permainan kawasan perumahan berkenaan.
Tinjauan Berita Harian sejurus menerima aduan mengenai kes itu, mendapati jemaah lelaki menunaikan solat dengan hanya berlantaikan papan, manakala wanita termasuk kanak-kanak pula berlapikkan kain kanvas.
Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Seri Putih atau juga dikenali Taman Bukit Rambai Seksyen 2, Rasul Muhamad, berkata pihaknya terpaksa menggunakan khemah sementara itu kerana tidak mempunyai pilihan lain.
Katanya, sebelum ini pihaknya ada mengemukakan permohonan untuk membina sebuah madrasah kepada pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di situ, namun sehingga kini tidak menerima jawapan.
“Tujuan permohonan ini adalah untuk memberi keselesaan kepada penduduk setempat menunaikan solat secara berjemaah, selain aktiviti lain berbentuk keagamaan seperti sambutan Maulidur Rasul dan Tadarus al-Quran.
“Kami mengemukakan permohonan itu pada 2008, namun sehingga kini tiada jawapan,” katanya sambil melahirkan rasa kesal kerana terpaksa berdepan situasi itu bersama penduduk taman berkenaan sepanjang Ramadan ini.
Mengulas lanjut, Rasul berkata, pihaknya juga sebelum ini sudah mengemukakan permohonan sama kepada Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Yaakub Md Amin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang, Datuk Seet Ha Cheow.
Katanya, kedua-dua pemimpin negeri itu bersetuju dengan permohonan mereka dan bersedia membantu merealisasikan pembinaan surau atau madrasah berkenaan.
“Cuma masalahnya sekarang JKKK kawasan ini pula tidak lagi bersetuju dengan cadangan kami itu. Mereka mengatakan kawasan perumahan ini berhampiran dengan beberapa masjid, selain lokasi pembinaan yang dicadangkan tidak sesuai kerana terlalu hampir dengan tapak permainan kanak-kanak.
“Sekarang ini kami buntu dan berharap jalan penyelesaian segera dapat diambil. Sekiranya tiada juga, bermakna kami akan terus bersolat tarawih di khemah sementara ini pada setiap tahun,” katanya.
Seorang penduduk taman ini, Saripah Talip, 37, berharap isu pembinaan surau atau madrasah di kawasan itu dapat diselesaikan segera bagi memastikan umat Islam di situ dapat beribadah dengan selesa.
“Sekarang ini kami sepakat untuk sama-sama menyumbang bagi melengkapkan kekurangan di sini seperti khemah, bekalan air dan juga elektrik bagi membolehkan penduduk mempunyai tempat untuk solat berjemaah sekali gus menjadikan Ramadan kali ini lebih bermakna,” katanya.

No comments:
Post a Comment