PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dicabar mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 hanya selepas jawatankuasa khas dibentuk dan selesai menjalankan kajiannya terhadap cadangan reformasi pilihan raya.
Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan, Elizabeth Wong berkata demikian ketika ditanya mengenai pengumuman Najib bahawa kerajaan akan menubuhkan jawatankuasa khas tersebut.
“Jika beliau benar-benar ikhlas, beliau perlu beri komitmen PRU13 tidak akan berlaku sehinggalah jawatankuasa terpilih itu selesai menjalankan kajian mereka,” kata Elizabeth Wong yang mengulas perkara itu berdasarkan pengalamannya dalam Jawatankuasa Khas Akta Kebebasan Maklumat (FOIA).
Beliau berkata, jawatankuasa itu juga memerlukan sekurang-kurangnya setahun untuk menyiapkan kajiannya selepas dibentuk di peringkat Parlimen seawal 3 Oktober ini, iaitu tarikh Parlimen mula bersidang.
Ini kerana menurutnya, Jawatankuasa Khas FOIA di peringkat Selangor juga mengambil masa selama 9 bulan sebelum menyiapkan kajian dan membentangkannya di sidang DUN.
“Jawatankuasa Khas FOI juga ambil masa 9 bulan. Untuk kaji daftar pengundi dan proses mengundi, ia akan ambil masa setahun,” kata Elizabeth.
Kesediaan Najib membentuk jawatankuasa itu juga secara langsung membuktikan tuntutan Bersih selama ini mempunyai asas dan penting untuk diambil kira.
“Ini secara langsung meniktiraf isu yang dibawa Bersih yang penting dan mempunyai asasnya,” kata Elizabeth Wong.
Najib sebelum ini mengumumkan penubuhan jawatankuasa itu dalam masa terdekat bagi mengelakkan sebarang syak wasangka tentang wujudnya manipulasi kerajaan Umno-BN dalam pilihan raya.
Najib berkata panel itu yang akan dianggotai anggota parti kerajaan dan pembangkang akan membincangkan tindakan untuk mendapatkan kata sepakat dalam memperbaharui proses pilihan raya.

No comments:
Post a Comment