Setelah hampir 13 tahun Norazman Abdullah @ Baginda anak Minda mengaku di Mahkamah beliau telah mengadakan hubungan sex dengan Ummi Hafilda di London iaitu pada tahun 1998, tiba-tiba hari ini Ummi Hafilda menurut jejak Saiful dan juga Najib serta Datuk ‘T’ melafazkan sumpah laknat menafikannya..
Baginda anak Minda saksi pembela dalam kes tuduhan liwat yang pertama keatas DSAI, telah memberitahu Mahkamah ketika perbicaraan beliau telah mengadakan hubungan sex dengan saksi utama pendakwa iaitu Ummi Hafilda di London pada sekitar June 1998.
"I had sex with Ummi in London," said Norazman Abdullah @ Baginda anak Minda to the murmurs of those seated in the public gallery.
The 40-year-old Iban told judge Arifin Jaka that he had known Ummi since 1992 but their relationship only became close when they were in London in June 1998, together with businessman and former MP S'ng Chee Hua (who was Norazman's boss then) and another friend.- sepenuhnya sila baca di (SINI)
Hari ini..
Ummi lafaz sumpah tak ada seks dengan Baginda
Ummi Hafilda hari melafazkan sumpah laknat mendakwa dirinya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda seperti yang didakwa oleh lelaki itu.
Sumpah itu dilafazkan di mahkamah Kuala Lumpur setelah memfailkan permohonan penghakiman ingkar terhadap Baginda hari ini.
“Wallahi, Wabillahi, Watallahi...
“Saya buat sumpah ini di bulan Ramadan yang suci bahawa saya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Baginda Minda.
“Jika saya menipu, maka saya akan dilaknat,” katanya.
Ummi Hafilda diiringi oleh Penasihat Undang-undang Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.
Beliau mengemukakan permohonan itu setelah Baginda gagal menghadirkan diri di mahkamah seperti yang disyaratkan pada 8 Ogos lalu.
Menurut Mohd Khairul, Malaysiakini, yang dinamakan oleh Ummi Hafilda sebagai defenden kedua, hadir apabila kes itu disebutkan.
“Kami telah failkan dokumen berkaitan ke atas dirinya termasuk mengiklan di Harian Metro tetapi dia (Baginda) gagal hadirkan diri,” katanya.
Pada 25 April lalu, Ummi Hafilda memfailkan semula saman fitnah yang sebelum ini dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi 13 April lalu, selepas peguam kedua-dua pihak tidak hadir ketika ia pertama kali disebut.
Dalam saman itu beliau mendakwa Baginda dalam satu temuramah di lobi Parlimen telah mengeluarkan kenyataan bersifat fitnah serta menyerangnya secara peribadi.
Ummi Hafilda mendakwa kenyataan Baginda itu dibuat untuk memalukannya dan berniat jahat seolah-olah beliau seorang wanita yang mempunyai banyak skandal serta amat tidak jujur, selain terlibat dengan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengakibatkan pertuduhan liwat terhadap ketua pembangkang itu.
Mkini Dotcom Sdn Bhd pula didakwa telah secara cuai membenarkan penerbitan, penulisan dan penyiaran artikel bersifat fitnah itu di lamanweb www.malaysiakini.com pada 15 Mac lalu.
Beliau menuntut gantirugi am RM100 juta dan perintah injunksi bagi menghalang kedua-dua defendan daripada terus membuat kenyataan fitnah terhadapnya. - Malaysiakini

No comments:
Post a Comment