“Satu Suruhanjaya Di Raja perlu ditubuhkan bagi mengenal pasti identiti lelaki di dalam video seks didakwa ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim”, begitulah intipati kandungan memorandum yang telah dihantar oleh Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (MAGARAN) kepada wakil setiausaha sulit kanan Yang Dipertuan Agong, Zubir Abdullah, pagi semalam.
Penasihat Undang-Undang MAGARAN, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata kepada media selepas penyerahan memorandum itu bahawa cadangan penubuhan suruhanjaya tersebut perlu untuk mengelakkan masyarakat umum terus bertelagah sesama sendiri tanpa penyelesaian yang konkrit.
”Seksyen 2(1)(d) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 ini memberikan kuasa kepada Duli Paduka Tuanku untuk menubuhkan satu Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat apa-apa perkara yang berfaedah bagi kebajikan awam.
“Sesungguhnya hasil siasatan Suruhanjaya Di Raja nanti akan memberikan faedah kepada rakyat Malaysia keseluruhannya untuk memilih pemimpin terbaik untuk negara”, katanya.
Menurutnya perkara utama yang mendorongnya untuk menyerahkan memorandum itu berasaskan kes Ketuk Ketampi Bogel pada tahun 2005.
“Laporan pada 27 Julai 2011, berkaitan dengan kes Ketuk Ketampi Bogel Tahun 2005, di mana kerajaan telah membayar pampasan kepada wanita tersebut.
“Apabila saya membaca laporan akhbar tersebut, saya mendapati bahawa sebuah Suruhajaya Siasatan Bebas telah ditubuhkan pada tahun 2005 untuk menyiasat kes tersebut.
“Salah satu daripada terma siasatan oleh Suruhanjaya Bebas (2005) pada ketika itu untuk mengenal pasti identiti wanita di dalam kes Ketuk Ketampi itu, sama ada beliau adalah salah seorang daripada lima warganegara rakyat China yang ditahan oleh pihak polis”, katanya.
Berdasarkan latar belakang sejarah penubuhan Suruhajaya Bebas (2005) untuk mengenal pasti identiti individu dalam rakaman video Ketuk Ketampi, maka sewajarnya Suruhanjaya yang sama perlu ditubuhkan untuk mengenal pasti individu dalam rakaman video seks pada tahun 2011.
“Masyarakat telah mula bertelagah dan berpolemik tentang siapa lelaki pelaku dalam video seks berkenaan tanpa ada kesudahannya sehingga menimbulkan suasana tidak selesa dan fitnah memfitnah di kalangan masyarakat.
“Semua kekusutan ini perlu diselesaikan dengan menurut saluran perundangan yang betul demi untuk mengelakkan fitnah terus berleluasa menjadi budaya di kalangan masyarakat kita.
“Maka sebuah panel bebas sewajarnya ditubuhkan untuk menyiasat identiti siapa pelaku dalam video seks berkenaan. Ini kerana wujud kebarangkalian pelaku dalam video seks berkenaan berkemungkinan akan menjadi calon Perdana Menteri Malaysia,” katanya.

No comments:
Post a Comment