Thursday, August 25, 2011

Kieran dan Leya Hangatkan Dapur Peminat


Program di saluran GUA TV, ‘Hangatkan Dapur Anda Bersama GUA’ kini sudah memasuki minggu terakhir. Selepas bersiaran selama enam episod di www.tonton.com.my di mana anda dapat menyaksikan Fara Fauzana, Deen, Suraya, Faizal Ismail, Usop Wilcha, Ikhwan serta Chad menghangatkan dapur peminat Hot FM dan pelayar GUA, kini giliran Kieran dan Leya pula untuk beraksi.



“Bila bulan Ramadhan saja, pasti ramai yang tidak tahu nak makan apa untuk berbuka. Jadi, bila tengok program ini, anda bukan saja mendapat idea untuk berbuka, malah anda turut mempelajari resepi masakan baru.

“Ini kali pertama saya masak bersama peminat dan ia merupakan satu perkara yang sangat menarik. Saya selalu juga masuk ke dapur. Ia bukan tempat yang asing bagi saya, jadi saya dah biasa dan tak kisah. Kalau GUA nak buat 30 episod selepas ini pun tak apa, tapi jangan lupa panggil saya lagi,” ujar Kieran teruja.

Dalam episod ketujuh ‘Hangatkan Dapur Anda Bersama GUA’ ini, anda akan dapat menyaksikan Kieran bertandang ke rumah Mareena Borhan di Seksyen 7, Shah Alam. Dalam episod ini, mereka berdua akan memasak resepi ‘Ayam Masak Cendawan Chinese Style’ dan ‘Bistik Daging Bersama Roti Perancis’.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan episod Kieran yang ditayangkan bermula Selasa lalu, serta episod Leya bermula hari ini (Khamis), di saluran GUA TV menerusi portal www.tonton.com.my . Anda juga boleh menonton episod sebelum ini dan menyalin resepi-resepi menarik yang dipaparkan. Selamat menonton!

No comments:

Post a Comment