PETALING JAYA 3 Ogos - Pakatan Rakyat mendesak agar diadakan Sidang Parlimen Tergempar bagi menjawab beberapa isu yang kini semakin tidak terkawal terutamanya berkenaan dengan ketidaktelusan kelulusan daftar pemilih.
Naib Presiden PAS, YB. Salahuddin Ayub berkata, tindakan Kementerian Dalam Negeri menukar status Kad Pengenalan penduduk tetap kepada warganegara dalam 1 tempoh yang amat singkat amat memusykilkan dan ianya membuktikan bahawa akan berlakunya ketidaktelusan pada Pilihanraya Umum ke 13.
Beliau turut menjelaskan terdapa 1108 kes pendatang asing di Selangor yang diberi kerakyatan dengan begitu mudah bagi memastikan mereka mengundi Barisan Nasional pada PRU akan datang.
Ini jelas mencabar isu yang dibawa Pakatan melalui Perhimpunan BERSIH 2.0 yang bertindak mendesak tidak akan berlakunya insiden-insiden yang kini telahpun jelas dibuktikan.
Beliau berkata demikian ketika Sidang Akhbar yang diadakan di Pejabat Pakatan Rakyat di sini sebentar tadi.
Turut hadir termasuklah Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah, Ahli Parlimen Subang Sivarasa dan beberapa pimpinan Pakatan yang lain.
No comments:
Post a Comment