Tuesday, August 16, 2011

Hishamuddin patut ‘disekolahkan’ semula


WarkahDaily – Rusuhan di United Kingdom baru-baru ini telah dijadikan oleh pemimpin Umno-BN sebagai isu politik untuk menghentam Pakatan Rakyat (PR) dan pihak BERSIH 2.0 konon rakyat Malaysia harus bersyukur dan berterima kasih kepada pihak polis kerana perhimpunan aman BERSIH 2.0 tidak menjurus ke situasi rusuhan seperti yang berlaku di UK.




Menurut laporan media alternatif, pemimpin Umno-BN dilihat menggunakan modal rusuhan di UK sebagai tindakan menghalalkan tindakan keganasan polis terhadap rakyat di perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lepas. Walaupun seluruh dunia tahu akan keganasan ini, pemimpin Umno-BN terus-menerus mempertahankan tindakan ganas polis itu.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein mendakwa polis bertindak tepat untuk menghalang himpunan BERSIH 2.0 bagi menjamin keamanan negara supaya tidak terjadi seperti di UK.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak turuk mempertahankan tindakan arahan kerajaan menyekat peserta himpunan BERSIH 2.0 daripada meneruskan himpunan.

Najib berkata tindakan berkenaan dijalankan bagi mengelakkan keadaan huru-hara yang sama (di UK) berlaku.

“Dalam demonstrasi jalanan tak ada jaminan semua yang masuk kumpulan itu terdiri daripada mereka yang ada niat untuk mengadakan demonstrasi aman.

“Tentu ada yang lain yang ada tujuan tidak baik akan tumpang semangkuk menyertai kumpulan itu.

“Bila ada demonstrasi jalanan besar-besaran, besar kemungkinan pecah kedai dan serang menyerang adalah sesuatu kemungkinan yang tak boleh kata tak akan berlaku,” katanya lagi.

Sebelum hangpa berdua nak komen dan nak samakan antara dua kejadian tu, perlu dinasihatkan hangpa berdua pi masuk sekolah balik, lepas tu belajar dulu (Tanya cikgu bahasa Melayu), apa maksud ‘rusuhan’ dan maksud ‘himpunan aman’.

Menurut setiausaha organisasi DAP Teresa Kok, kejadian di UK adalah rusuhan manakala perhimpunan aman BERSIH 2.0 mempunyai matlamat yang jelas dan telah dianjurkan secara terancang.

Yang mengganas di London adalah perusuh, sebaliknya yang bertindak ganas di Malaysia sewaktu perhimpunan aman BERSIH 2.0 adalah pihak polis.

“Di Kuala Lumpur, perhimpunan aman BERSIH 2.0 mempunyai matlamat yang jelas dan telah dianjurkan secara terancang.

“Agenda, tarikh dan waktu bersurai telah dinyatakan secara terus-terang buat pengetahuan pihak kerajaan, polis, media dan orang awam dari awal-awal lagi.,” katanya dalam satu kenyataan media yang dipetik dari Malaysiakini.

Sebaliknya, menurut Kok rusuhan di London itu berlaku secara rambang tanpa sebarang agenda yang jelas atau spesifik melainkan menimbulkan kekacauan dan keganasan.

“Ia menunjukkan bahawa beliau (Hishamuddin) tidak dapat membezakan di antara perhimpunan aman BERSIH yang bermatlamat murni mencapai pilihan raya bersih dan adil berbanding rusuhan bakar dan samun yang berlaku di UK,” kata Kok yang juga ahli parlimen Seputeh.

Ingat dah jadi menteri, cerdik sesangat dah, tapi rupa-rupa tak seperti yang disangka. Patut kena hantar depa ni ke sekolah semula, patut ajar balik penggunaan istilah yang tepat supaya orang ramai tidak dikeliru secara membuta-tuli oleh pemimpin seperti ini.

No comments:

Post a Comment