Wednesday, August 10, 2011

'Hentikan spekulasi, jangan kelam-kelibut'


PUTRAJAYA 10 Ogos - Semua pihak yang membuat kenyataan berhubung kes pemeriksaan ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya minggu lalu diminta menghentikan segera spekulasi sehingga selesai siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sebarang cakap-cakap mengenai isu itu boleh mengelirukan keadaan sekali gus mengundang pelbagai andaian tentang kes berkenaan.

"Janganlah kelam-kelibut sebab perkara ini akan dibawa ke mahkamah. Kenapa perlu kita buat spekulasi.

"Kalau Mahkamah Sivil kita boleh hormat, inikan pula Mahkamah Syariah yang akan membawa kes JAIS ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Beliau mengulas mengenai isu pemeriksaan oleh JAIS ke atas sebuah gereja Methodist di Damansara Utama yang dikatakan menjalankan kegiatan menyebarkan agama Kristian kepada orang Islam baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment