Tuesday, August 16, 2011

FELDA GAGAL LAGI : PEGUAM CAP AYAM MANA YANG FELDA UPAH ?


FELDA gagal lagi!!!

Saman RM200 juta yang difailkan oleh FELDA ke atas bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Kee Kwong, diputuskan oleh Mahkamah Tinggi sebagai gagal.





Kegagalan saman tersebut bukan kerana Tan Kee Kwong tidak melakukan fitnah sebaliknya kerana pihak FELDA gagal mengemukakan Faizal Zakaria yang pada ketika fitnah dilakukan merupakan wartawan akhbar Suara Keadilan untuk memberikan keterangan di mahkamah bagi mengesahkan Kee Kwong memang menuturkan kata-kata tersebut.



Hakim Datin Zabariah Mohd. Yusof dalam keputusannya berkata, meskipun beliau mendapati perkataan tersebut berunsur fitnah dan ia merujuk kepada Felda selaku plaintif namun lembaga tersebut telah gagal membuktikan bahawa Kee Kwong telah menyebut perkataan fitnah itu serta bertanggungjawab ke atas penyiaran artikel tersebut dalam akhbar Suara Keadilan. (SUMBER)

Ini adalah kegagalan yang kesekian kalinya melibatkan peguam-peguam FELDA.

FELDA gagal mempertahankan diri dalam beberapa kes saman kerana faktor peguam. Bukan kerana peguam tidak hebat bayarannya tetapi kerana peguam gagal hadir, peguam tersalah informasi, peguam itu, peguam ini.

Dan kali ini, sekali lagi kes membuktikan, FELDA dan anak-anak syarikatnya telah tersalah melantik peguam untuk mewakili organisasi tersebut. Amat memalukan apabila FELDA gagal membuktikan apa yang mereka percayai sebagai fitnah!!!

Maka tidak hairanlah, Mazlan Aliman begitu galak nak saman FELDA... rupa-rupanya FELDA memang dah jadi lubuk!!! - theflyingkick.blogspot.com

No comments:

Post a Comment