Tidak dinafikan ramai selebriti memilih untuk menjalankan pelbagai perniagaan sempena kedatangan Ramadan ini. Salah seorang daripada mereka ialah penyanyi Farhan.
Memilih untuk menyediakan kuih dan hamper raya, jelas Farhan aktiviti tersebut telah pun dijalankan sejak tiga tahun lalu.
"Saya memang akan sibuk sepanjang Ramadan dengan aktiviti meniaga. Telah tiga tahun saya jalankan aktiviti seperti ini. Saya meniaga kuih dan hamper raya.
"Walaupun penat tapi saya suka dengan apa yang saya buat jadi tak ada masalah bagi saya. Lagipun sepanjang bulan puasa selalunya kurang persembahan jadi tumpuan saya lebih pada meniaga," katanya kepada portal murai.com.my membuka bicara mengenai kesibukannya sepanjang Ramadan.
Kata pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia musim keempat (AF4) ini, persiapan kuih raya dilakukannya selepas bersahur manakala hamper pula disiapkan sejak awal menyambut puasa.
"Selepas sahur saya dah mula buat kuih. Kadang kala saya buat dengan mak, kakak atau pembantu rumah. Antara kuih yang saya buat ialah tat, samprit dan konflik.
"Malah jiran-jiran pun dah tahu saya memang buat kuih sendiri dan menjualnya. Sambutan yang diterima amat mengalakkan," jelasnya yang juga turut membuka gerai di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Berkongsi cerita mengenai sambutan Syawal kelak, kata Farhan, dia sekeluarga akan menyambutnya di ibu kota sahaja.
"Kami sekeluarga akan menyambut raya di ibu kota sahaja. Saudara mara ramai-ramai berkumpul dan ia sekali gus dah jadi seperti beraya di kampung. Persiapan raya saya ini jenis yang sederhana dan tak terlalu boros berbelanja. Beli mana yang perlu untuk diri dan keluarga," katanya lagi.

No comments:
Post a Comment