Thursday, August 18, 2011

ATM tak suruh pegawai2nya pangkah BN/UMNO...


Angkatan Tentera Malaysia hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan manipulasi undi pos yang dibuat oleh empat bekas anggotanya semalam.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin (kanan) bagaimanapun tidak menyalahkan bekas anggota berkenaan yang didakwanya "mungkin telah dipergunakan sebagai alat."


"Saya sudah periksa (dakwaan itu). Sebab itu saya berani menyangkal.

"(Dakwaan) itu tidak betul, tidak ada kesahihannya," katanya lagi yang mencabar supaya bukti dikemukakan untuk mengukuhkan dakwaan.

Beliau sebaliknya menyalahkan Pemuda PAS yang menganjurkan sidang media menampilkan empat orang bekas tentera tersebut.

"Saya tidak mahu salahkan bekas tentera saya. Mungkin mereka ada kekurangan masing-masing.

"Saya boleh ibaratkan (tindakan Pemuda PAS) sebagai tindakan pengkhianatan sebab ambil kesempatan," katanya lagi ketika ditanya sama ada angkatan tentera akan mengambil tindakan ke atas bekas anggota berkenaan.

Ketika ditemui selepas itu, Zulkifeli dengan tegas berkata tindakan memangkah undi bagi pihak anggota lain seperti didakwa itu "tidak boleh berlaku."
"Macam mana ia boleh berlaku, kita tidak akan benarkan ia berlaku," tambah Zulkifeli lagi, mengulas dakwaan yang ditimbulkan bekas anggota tentera itu bahawa mereka diarahkan untuk memangkah ribuan kertas undi semasa pilihan raya sebelum ini.

Baca seterusnya di sini.

source:malaysiakini

Kalau betul ambillah tindakan terhadap bekas2 pegawai yang mendedahkan perbuatan tersebut. Apa yang pelik ATM tak berani berbuat demikian kerana lebih banyak lagi tahi akan melimpah keluar daripada jamban SPR/UMNO/ATM...

Kenyataan berbau politik tak sepatut diujar oleh Panglima Jeneral tersebut. Dia seharusnya berkecuali. Itu kerja Menteri Pertahanan,tapi, nampak bila perbuatan ini sudah terdedah, menteri dah kecut teloq untuk buat komen...

- alditta.blogspot.com

No comments:

Post a Comment