Tuesday, August 16, 2011

Anwar: J/Kuasa khas pilihan raya untuk alih tekanan pada SPR


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa khas parlimen untuk mengkaji cadangan bagi mengadakan reformasi sistem pilihan raya, adalah helah bagi mengalih tekanan ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).





Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian sebagai respon cadangan itu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam.

Anwar berkata pada prinsipnya, Pakatan Rakyat bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa tersebut, tetapi kerajaan mempunyai lebih banyak ‘sebab tidak elok’ untuk mengambil langkah berkenaan.

Semalam, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan rancangan kerajaan menubuhkan jawatankuasa untuk membincangkan reformasi sistem pilihan raya yang diperlukan supaya tidak ada pihak lagi syak wasangka terdapat manipulasi kerajaan.

Anwar menegaskan pengumuman tersebut mencerminkan pengakuan bahawa tuntutan Pakatan Rakyat dan Bersih 2.0 berhubung kecacatan yang serius dalam sistem pilihan raya negara, adalah wajar.
“… (Najib) telah mengakui (Bersih 2.0 betul), dan rakyat telah membayar harga untuk itu – dipukul dan semua itu,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Katanya, isu sekarang ialah untuk kerajaan berusaha menjadikan SPR benar-benar bebas supaya suruhanjaya itu boleh mula memenuhi tanggungjawabnya.

No comments:

Post a Comment