Sunday, August 14, 2011

Anak Buah Datin Ramziela Radzillah Disimbah Asid Di Sogo


Apalah nak jadik dengan manusia sekarang ni. Tak habis-habis nak menyimbah asid dekat orang lain. Apa motifnya pun, Murai Batu tak tahu. Yang tak fahamnya tu, semua mangsa yang kena pula adalah dari kalangan orang Melayu.



Terbaru, anak saudara kepada penyanyi 80-an, Datin Ramziela Radzillah yang bernama Iman Hussein pula telah menjadi mangsa simbahan asid yang seterusnya.

Murai Batu dapat tahu kejadian ketika kejadian itu berlaku, Iman Hussein berada di sekitar Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Tiba-tiba, datang seorang lelaki menyimbah asid di mukanya.

Disebabkan itu, Iman Hussein terpaksa dikejarkan di hospital. Kini, dia berada di ICU, Unit Pemantauan Rapi Kebakaran HKL.

Bengang dengan apa yang menimpa anak buahnya itu, Ramziela khabarnya telah meluahkan perasaannya menerusi akaun facebook peribadinya. Ramai juga yang memberikan respon sebagai tanda simpati terhadapnya.

Malah, ramai juga yang tertanya-tanya mengapa sampai sekarang pihak kerajaan tidak mengharamkan penjualan asid. Murai Batu rasa, memang dah sampai waktunya untuk pihak kerajaan berbuat demikian.

Yelah, takkan nak tunggu menteri yang kena, barulah penjualan asid hendak dihenti? Adakah macam tu, wahai Pak Menteri semua?

Apapun, Murai Batu bersimpati sangat dengan nasib yang menimpa anak buah Ramziela. Semoga Ramziela sekeluarga akan terus tabah menghadapi dugaan ini pada bulan puasa.

No comments:

Post a Comment