Entah apa sebab pengarah Raja Azmi begitu berminat dengan filem bertemakan kehidupan gay. Selepas filem Anu Dalam Botol, Raja Azmi akan mengarahkan filem gay berjudul Anak Ikan.
Raja Azmi juga sedang mencari lelaki muda yang kacak untuk memainkan peranan sebagai anak ikan, kalau anda, siapa agaknya yang layak ya?
Pengarah kontroversi ini menafikan filem terbaru ini bukan mencari publisiti, sebaliknya dia ingin menyampaikan senario sebenar kehidupan lelaki yang bergelumang dengan gay kepada penonton.
Mengenai filem Anu Dalam Botol, tarikh tayangan terpaksa ditunda kerana lewat membayar baki kos proses filem tersebut yang berjumlah RM96,000. Filem tersebut akan dianjak kepada Mac 2011.
No comments:
Post a Comment