PORT DICKSON 26 JULAI : Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menawarkan video perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu untuk ditayangkan di stesen televisyen di negara ini.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, sehingga kini hanya RTM sahaja yang menyatakan persetujuanya menerima tawaran tersebut dan sudah menayangkannya.
"Jika ada stesen televisyen lain yang ingin menayangkan video itu, kita sedia menyerahkan video ini untuk ditayangkan. Sebenarnya, klip video ini juga kini boleh dilihat di laman web PDRM," katanya.
"Kita berterima kasih kepada RTM kerana sudah menyiarkan klip video sebenar apa yang berlaku pada perhimpunan 9 Julai lalu," ujarnya.
"Kita mengharapkan dengan ditayangkan klip video ini masyarakat mendapat maklumat yang tepat dan sebenar apa yang berlaku pada hari tersebut," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan raptai penuh perbarisan tamat latihan perdana perajurit muda dan konstabel polis siri 1/2011 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di Port Dickson hari ini.
Jelas Khalid, beliau berharap dengan penayangan klip video itu tidak ada lagi pihak yang membuat tuduhan, tomahan dan andaian bahawa polis berlaku ganas dan zalim kepada mereka yang berhimpun secara di ibu negara pada 9 Julai lalu.
Selepas hampir dua minggu, Polis Bukit Aman pada 15 Julai lalu tampil untuk menayangkan video yang menurut badan itu menunjukkan polis bertindak mengikut batas undang-undang dalam menyuraikan perhimpunan aman Bersih.
Puluhan ribu orang menyertai perhimpuan itu untuk menuntut pilihanraya bersih dan adil walaupun terpaksa menongkah arus tembakan air berkimia dan gas pemedih mata oleh polis.
Lebih 1,600 orang ditahan manakala Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengawal peribadi beliau, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad antara yang cedera.
Seorang meninggal dunia, namun polis hari ini mendakwa kematian Baharuddin Ahmad, 59, adalah akibat sakit jantung dan bukan kerana tindakan polis.

No comments:
Post a Comment