KUALA LUMPUR 26 Julai – Permohonan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Penaga, Datuk Azhar Ibrahim untuk membatalkan arahan kerajaan negeri supaya beliau mengosongkan premis Pusat Komuniti ADUN yang diwakilinya ditolak oleh Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) Kuala Lumpur hari ini.
Hakim Datuk Rohana Yusuf membuat keputusan itu setelah mendapati Azhar selaku pemohon tiada locus standi membuat permohonan tersebut.
Arahan untuk mengosongkan pusat komuniti tersebut didakwa dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Daerah Seberang Perai Utara (SPU) pada 8 November 2010.
Ketua Pembangkang Pulau Pinang itu memfailkan permohonan semakan kehakiman berkenaan pada 19 November 2010 bagi memohon perisytiharan bahawa arahan yang dikeluarkan oleh pejabat daerah tersebut sebagai tidak sah dan tidak boleh dilaksanakan. – Utusan

No comments:
Post a Comment