"Malah ia juga terdedah kepada manipulasi pihak yang mengendalikannya kerana hanya segelintir sahaja yang ada kepakaran dan terlibat mengendalikan biometrik ini," kata Presiden PAS.
PETALING JAYA: Dua pemimpin besar PAS berbeza pendapat mengenai penggunaan kaedah biometrik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menyelesaikan isu pengundi hantu dan pengundi bertindih.
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat setuju dengan penggunaan biometrik tetapi presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebaliknya.
Menurut Abdul Hadi, cadangan SPR untuk menggunakan kaedah biometrik bagi menyelesaikan isu pengundi hantu dan pengundi bertindih bukan penyelesaian yang sebenar.
“Malah ia juga terdedah kepada manipulasi pihak yang mengendalikannya kerana hanya segelintir sahaja yang ada kepakaran dan terlibat mengendalikan biometrik ini,” katanya.
Abdul Hadi berkata, PAS tetap berpendirian untuk mendesak SPR menggunakan dakwat celup jari ketika mengundi bagi membasmi pengundi hantu dan juga pengundi yang mengundi banyak kali dalam setiap pilihanraya.
“Begitu juga pendaftaran pemilih secara automatik. Kita pelik bagaimana SPR boleh bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara dalam pengendalian biometrik ini, tetapi tidak boleh bekerjasama dalam mengendalikan pendaftaran pemilih secara automatik.
Taklimat SPR
Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan berkata, beliau menyokong sebarang perubahan termasuk sistem biometrik dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya pelaksanaan dilakukan secara bersih dan telus.
Malah, katanya PAS sedia mendengar taklimat dari SPR mengenai penggunaan sistem biometrik itu.
Kelmarin, Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz Yusof mengumumkan penggunaan sistem biometrik bagi mengatasi isu pengundi hantu dan pengundi bertindih dalam pilihan raya umum akan datang.
Pembangkang sebelum ini berulang kali mahu sistem pilihan raya yang bersih dan dan adil termasuk penggunaan dakwat kekal bagi memastikan pengundi tidak boleh mengundi lebih dari sekali.
Bagaimanapun, SPR menolak dengan alasan memerlukan pindaan perlembagaan.

No comments:
Post a Comment