Info terbaru mengenai teater Tribute Teater Tun Dr Siti Hasmah mengatakan watak utama teater tersebut yakni Tun Siti Hasmah telah bertukar tangan sekali lagi dan bakal dimainkan oleh Eja.
"Di pihak saya tiada apa untuk saya jelaskan atau katakan. Kalau mahu sebarang penjelasan kamu boleh dapatkan kenyataan daripada pihak penerbit sendiri, itu lebih tepat,"jawabnya ringkas.
Bila ditanyakan tentang penarikan diri juga, Sofia seperti tidak selesa untuk memberikan jawapan dan tetap dengan pendiriannya untuk tidak memberi sebarang komen. Sebaliknya dia mengusulkan supaya mendapatkan gambaran dan situasi sebenar daripada penerbit teater ini.
Teater yang bakal dipentaskan pada 9-19 November ini telah mendapat liputan meluas setelah mengalami rombakan besar daripada skrip, pengarah dan pelakon utamanya. Terdahulu Erra Fazira juga telah menarik diri setelah jadualnya telah penuh apabila penundaan tarikh pementasan.
Hari ini ini sebuah portal hiburan tempatan telah menyiarkan berita mengenai Eja yang kini mengambil alih watak utama teater tersebut sebagai Tun Siti Hasmah dewasa hingga zaman sekarang dan sedang menjalani latihan awal.
Menurutnya lagi, walaupun agak terlambat untuk mencuba berlakon teater, Eja atau Siti Shahrizah yang pernah ditawarkan sebelum ini tidak mempunyai kesempatan dan baru sekarang dia bersedia untuk berbuat demikian.
No comments:
Post a Comment