Thursday, October 18, 2012

Izara Aishah Seronok Layanan Ganas!



Pelakon, Izara Aishah akui seronok dibelasah ketika babak pergaduhan di dalam penggambaran filem keduanya, Balun yang tamat penggambaran pada 8 Oktober lalu.

Izara Aishah memberitahu dia sudah lama mengidamkan watak wanita yang pandai beraksi seperti dalam filem Balun dan dalam masa yang sama dia ingin mengasah bakat dalam seni mempertahankan diri.

"Sebenarnya, saya memang sudah punya asas dalam seni mempertahankan diri iaitu Muay Thai ketika usia 16 tahun. Watak aksi adalah watak yang saya idamkan daripada dulu lagi.

"Jadi bila ditawarakan di dalam filem ini, terus-terang saya sendiri sudah bersedia untuk terima apa jua kemalangan ketika babak berlawan diadakan.

"Bahkan saya kini sudah pun terima sepakkan serta tendangan di muka, kepala dan kaki ketika berlatih bersama pelakon lain terutama untuk babak perlawanan besar bersama Datuk Eizlan Yusof. Saya tak kisah semua itu, bagi saya ia hanya kemalangan kecil sahaja," katanya kepada murai.com.my ketika ditemui di lokasi penggambaran filem Balun, Kamunting,Perak, baru-baru ini.


Sungguh pun begitu, Izara Aishah memberitahu dia tidak boleh menggunakan seni Muay Thai di dalam Balun, sebaliknya perlu mempelajari ilmu seni silat iaitu Silat Pulut dalam hampir ke semua baba aksi yang dijalankan.

"Menariknya tentang filem ini pengarah mahukan kami mempelajari ilmu seni silat secara serius dalam babak aksi kami supaya ia nampak lebih cantik dan smooth.

"Jadi buat pertama kalinya saya mempelajari ilmu seni silat selama beberapa minggu dengan guru silat. Berbeza dengan seni Muay Thai, seni Silat lebih lembut dan punya 'bunga-bunga' silatnya tersendiri.


"Sukarnya, apabila untuk mempelajari langkah serta bunga silatnya kerana saya ni seroang yang kasar dan agak keras pergerakkannya," jelas pelakon drama Vanila Coklat ini lagi.

Dalam pada itu, bercerita mengenai wataknya sebagai Nur Ain di dalam filem tersebut, Naib Juara Dewi Remaja 2010 memberitahu wataknya kali ini berbeza dengan watak yang pernah dibawakan sebelum ini.


"Saya sebagai Nur Ain. Dalam filem ini saya berperwatakan tegas dan kuat dengan pendiriannya Malah dia seorang yang sangat ego kerana dia sudah didik oleh bapanya yang juga guru silat mengenai ilmu persilatan yang mendalam dari kecil," tambahnya lagi yang akan muncul dalam filem KL Zombie tidak lama lagi.

Balun yang diarahkan oleh Bob Singah itu turut dibintangi pelakon lain seperti Beto Kusyairy, Datuk Eilzan Yusof, Reen Rahim dan ramai lagi. Filem terbitan Elements Pictures Sdn Bhd itu dijangka menjengah pawagam pada pertengah tahun hadapan.





No comments:

Post a Comment