Thursday, September 6, 2012

Zahiril, Shera lalui saat bahagia, saling merindu


Diijabkabulkan pada 20 November lalu, aktor berbakat besar,  Zahiril Adzim mengakui kehidupannya semakin bahagia bersama pelakon dan pengacara TV3, Shera Aiyob.

Walaupun masing-masing sibuk dengan kerjaya, namun setiap masa yang terluang akan diisi sepenuhnya untuk bersama.

Mengakui semakin tenang dan gembira setelah bergelar suami, Zahiril atau nama sebenarnya, Mohd Zahiril Adzim, 28, berbangga kerana berjaya menambat hati Shera.

"Alhamdulillah, kami masih melalui saat-saat bahagia. Walaupun sibuk, kami tetap menghabiskan masa bersama.

"Begitu juga Shera, dia sangat bijak menguruskan waktu untuk menggalas tanggungjawab sebagai isteri. Dia tidak lupa tugasnya sebagai isteri dengan menguruskan makan minum saya.



"Kehidupan saya semakin terurus sejak berkahwin kerana Shera juga menjaga jadual kerja saya. Walaupun dia tidak dapat menemani saya ke lokasi penggambaran, tetapi ia sudah cukup memadai," katanya yang bakal menjalani penggambaran, Hanya Padamu, terbitan Filmscape.





No comments:

Post a Comment