Wednesday, September 12, 2012

Tiz Zaqyah Kini Duta Produk May


KUALA LUMPUR, 13 SEPTEMBER 2012: Aktres dan pelakon popular, Tiz Zaqyah telah dipilih sebagai duta baru jenama produk mandian May dalam merealisasikan kempen May Diamond Dazzle khusus buat wanita yang idamkan kulit badan menawan.

Majlis pengumuman perlantikannya itu telah dibuat pagi tadi disertai dengan pelancaran serta tayangan perdana iklan produk mandian terbaru berkenaan.

Ditemui portal murai.com.my sempena pelancaran itu, Tiz Zaqyah berkata dia amat berbesar hati apabila dipilih sebagai duta produk May, apatah lagi telah menggunakan variasi sabun mandian berkenaan sejak kecil lagi.

"Saya memandang kerjasama ini sebagai usaha saya melangkah setapak lagi dalam industri hiburan. Memang ada banyak pelawaan yang saya terima sebelum ini, tetapi mungkin kerana kesibukan kerja, jadi terpaksa saya ketepikan.

"Bagaimanapun bila pihak May mempelawa saya untuk menjadi duta mereka, saya tidak berfikir terlalu panjang kerana saya memang sudah menyimpan berniat untuk melakukannya tahun ini. Lebih-lebih lagi produk May sudah saya gunakan sejak kecil," katanya yang anggun dengan persalinan merah jambu rekaan WanPa.


Tiz Zaqyah menambah, meskipun ini adalah pertama kali dirinya bergelar duta untuk produk kecantikan, namun dia yakin dengan variasi terkini May yang sememangnya sesuai dengan dirinya.

Dia telah terbabit dengan sesi penggambaran kempen terbaru May- Diamond Dazzle yang mengambil masa sehari suntuk dan bakal menyertai sesi jelajah di seluh negara bagi memperkenalkan sabun mandian berkenaan kepada orang ramai.

"Saya gemarkan krim mandian May dari haruman lavender yang sememangnya sesuai dengan kulit tubuh saya. Kerdipan berlian yang ada di dalam krim mandian ini memberi lebih keyakinan kepada saya setiap kali menggunakannya.


"Kalau sebelum ini kulit saya cepat kering, tapi sejak menggunakan mandian terbaru May ini menjadikan kulit saya sentiasa lembab, halus, harum dan bersinar. Sesuai untuk cuaca tropika kita di Malaysia," katanya penuh berkeyakinan.

May Diamond Dazzle tampil dalam bentuk krim mandian dan sabun yang boleh didapati di seluruh kedai kecantikan seluruh negara. Setiap satu dijual pada harga RM2.85 bagi pek 85 gram, RM5.90 (220ml), RM8.10 (600ml) dan RM13.90 (700ml).





No comments:

Post a Comment