Monday, September 3, 2012

Sham Kamikaze Tegur Pencaci & Pemaki Ekoran Tuntutan Cerai Isteri


Ramai yang telah dikejutkan dengan laporan mstar hari ini, dimana isteri Sham Kamikaze telah mengesahkan pemfailan perceraian pada 30 Ogos lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam selepas empat tahun mendirikan rumahtangga dengan pendakwah bebas tersebut.

Bagaimanapun, Farazila Abdul Jabar, 31, menafikan keputusannya untuk bercerai berpunca dari ura-ura mengatakan Sham telah berkahwin lagi dengan Nurul Halimin Md Salleh, 32, pada 16 Januari lalu. Dia menjelaskan ia timbul dari "sikap tidak bertanggungjawab" Sham dalam urusan rumah tangga.

Ekoran daripada laporan tersebut, Sham telah ke Facebooknya meminta agar "jangan buat spekulasi dan tohmahan atau apa yang anda tidak jelas." Sebaliknya "bersabarlah menunggu kenyataan rasmi daripada saya kelak Insya Allah."

Untuk membaca luahan Sham di Facebook, di sini disertakan empat 'screencap' catatannya.





No comments:

Post a Comment