Selepas berita Natasha Hudson hamil sebulan keluar pagi tadi, ada pula yang bertanya berapakah usia kandungan Fasha Sandha kini. Jawapan: 127 hari atau 4.2 bulan.
Sebelum Aidilfitri tempoh hari, Fasha Sandha & Rizal Ashram berpindah ke rumah baru yang tidak kami ketahui lokasinya & khabarnya masih sibuk mengemas sehingga kini.
Terbaru mengenai Fasha Sandha, beliau akan muncul dengan drama bersiri arahan Ahmad Idham berjudul Runtun Qalbu yang akan mula bersiaran pada September ini di TV3.
No comments:
Post a Comment