ADA kontroversi melibatkan pelawak popular, Jep Sepahtu pada minggu lalu. Gosip yang timbul itu juga boleh dikatakan datangnya dalam bentuk berpakej.
Antara tuduhan itu termasuklah sudah besar kepala dan ego.
Tak cukup dengan itu, Jep juga didakwa sedang angau bercinta dengan seorang produser ketika sama-sama terlibat dalam sebuah pembikinan drama komedi sebanyak 13 episod.
Umpama saling berangkai, dek kerana Jep ada hubungan dengan produser itu, maka dia didakwa menerima bayaran lebih berbanding kawan rapatnya, Shuib Sepahtu yang turut berlakon dalam drama komedi itu.
Itulah cerita yang tersebar mengenai Jep sejak dia semakin popular dan Pancaindera percaya, cuma Jep sahaja yang ada jawapan untuk semua yang berlaku.
No comments:
Post a Comment