Kisah cinta bekas juara Akademi Fantasia 7, Hafiz Suip pernah menjadi bualan para peminat. Dari kisah cinta bersama Adira, sehinggalah kepada Zahirah Radzi, 27, Hafiz kini kembali solo apabila Zahirah mengesahkan yang mereka berdua sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan istimewa lagi.
“Saya terfikir juga apa silap saya. Mungkin sebab tiada jodoh, mungkin sebab usianya masih muda.” – Zahirah Radzi.
Ketika ditanya adakah orang ketiga adalah punca perpisahan antara mereka berdua, Zahirah hanya menjawab, “Kalau betul ada orang lain, saya doakan kebahagiaan mereka. Biarlah orang yang menilai.”
Kali terakhir Zahirah dan Hafiz berjumpa ialah selepas Hafiz kembali ke Kuala Lumpur dari Sarawak kerana ingin menyerahkan kek lapis yang dikirim oleh Zahirah.
Untuk pengetahuan, Hafiz dan Zahirah telah bersama hampir satu tahun dan keduanya mempunyai jurang umur selama 5 tahun.
No comments:
Post a Comment