Monday, September 3, 2012

Farid Kamil, Diana Danielle Tunang Secara Senyap


Tanpa diketahui oleh sesiapa, rupanya Farid Kamil  dan Diana Danielle telah melangsungkan majlis pertunangan secara rahsia pada hari Ahad lepas.

Bertempat di rumah Diana Danielle, ibu Farid Kamil iaitu Norsiah telah menyarungkan sebentuk cincin kepada bakal menantunya sebagai tanda ikatan antara Diana dan Farid. Apa yang pasti, kedua selebriti ini hanya mahu mengikat tali pertunangan mereka selama satu tahun sahaja

Menurut laporan Berita Harian hari ini, Diana telah menerima 3 dulang hantaran iaitu senaskhah Al-Quran, pakaian dan kasut. Manakala Farid Kamil pula telah menerima 5 dulang hantaran.

Ibu Farid Kamil ketika ditemubual wartawan Berita Harian menjelaskan, “Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan lancar. Sebagai ibu, tiada apa yang lebih menggembirakan selain melihat anaknya bahagia. Harap-harap pertunangan ini kekal sehingga ke jenjang pelamin dan Farid dapat menjaga Diana dengan baik.”


Tahniah OHBULAN! ucapkan pada Farid Kamil & Diana Danielle yang selamat melangsungkan majlis pertunangan mereka.

No comments:

Post a Comment