Wednesday, August 8, 2012

Sambutan 'Yok Sahur 5' di Rumah Anak Yatim Bangi Meriah


Program amal anjuran portal murai.com.my, Yok Sahur 5 telah berlangsung dengan sederhana tetapi meriah di Rumah Darul Izzah, Bandar Baru Bangi , Bangi, Selangor pada Sabtu lalu.

Seramai 27 penghuni Rumah Anak Yatim Darul Izzah telah menerima kunjungan daripada sekumpulan selebriti tempatan seperti Datuk Dr Fazley, Tasha Shilla, Alif Satar, Ifa Raziah, Roslan Shah, Fazli Zainal, Hayad, Asmidar, Hila, Nas Adilla, Aishah AF, Zizie AF, Amir Jahari, kumpulan VIP serta Klangit sebagai kejutan untuk mereka.

Program yang mendapat tajaan daripada Superbike Motortrade International (SMI) itu bermula pada jam 12 malam dengan acara mengejutkan penghuni rumah Darul Izzah untuk bangun menyertai program Yok Sahur 5.

Selain SMI, Yok Sahur 5 kali ini turut mendapat tajaan daripada Mylaunchpad, Maxis Zalora, DXI Enterprise, Thames De Services Sdn Bhd, Unique Arena Sdn Bhd, Nonsto Power Sdn Bhd, Translite Electric Sdn Bhd dan United U-Li Sdn Bhd.



Pelbagai keletah dan gelagat menarik yang dapat dilihat sepanjang program Yok Sahur 5 berlangsung. Antaranya:-
  • Selain menerima kunjungan kumpulan motor berkuasa tinggi Superbike Motortrade International (SMI), penghuni Darul Izzah juga turut dikejutkan dengan kehadiran sekumpulan motor daripada Mamat Sepah iaitu Sepah Bikers.
  • Anak-anak Darul Izzah yang terdiri daripada kanak-kanak lelaki itu telah dikejutkan oleh lebih 10 artis popular yang menyertai Yok Sahur kali ini.
  • Dato` Fazley , Alif Satar dan Mamat Sepah antara artis yang sangat sporting apabila mendukung kanak-kanak itu untuk bangun dan turun daripada bilik mereka.
  • Pelakon, Tasha Shila antara selebriti yang tidak berenggang daripada anak-anak yatim tersebut dan cukup melayan mesra mereka dari mula hingga akhir progam itu berlangsung.
  • Namun, acara kemuncak pada malam itu lebih tertumpu kepada demonstrasi masakan daripada juara Masterchef Selebriti Malaysia yang pertama iaitu Datuk Dr Fazley yang telah menyediakan hidangan pencuci mulut, Oreo Meringue Pastry Cream Custard Edible Flower.
  • Paling menarik, Datuk Fazley telah menyediakan hidangan pencuci mulut itu daripada campuran bunga-bungaan yang boleh dimakan!
  • Sebaik saja Datuk Dr Fazley memulakan tugasnya, ramai yang berusaha untuk mendekati serta mengerumuni personaliti ini kerana mahu melihat bagaimana dia menyediakan juadahnya itu dengan menggunakan bahan campuran bunga-bungaan yang berwarna-warni.
  • Salah seorang anak daripada penghuni rumah tersebut teruja melihat kehebatan Dato` Fazley kerana kebetulan dia adalah pelajar Tingkatan 5 jurusan kulinari.
  • Kemudian beberapa penyanyi berbakat besar seperti Asmidar, VIP, Amir Jahari dan Klangit pula tampil membuat persembahan. Masing-masing dengan stail yang tersendiri, Asmidar dengan lagu popnya, VIP (dance music), Amir Jahari (pop folk) dan Klangit (modern rock).
  • Mood Amir Jahari amat baik ketika membuat persembahan kerana dia telah menyampaikan dua buah lagu sambil ditemani oleh Zizie AF.
  • Kelunakan suara Asmidar pula sangat dikagumi apabila ramai yang terpegun dengan persembahannya.
  • Ramai yang terhibur dengan persembahan band K'langit selepas dia mendendangkan lagu Sesal Mendua dan Balik Kampung dengan begitu bertenaga, sehinggakan anak penghuni rumah tersebut naik ke pentas menyanyi bersama.
  • Alif Satar yang terpaksa pulang awal itu akui teruja melihat ramai kumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi iaitu SMI dan Sepah Bikers yang datang kerana dia juga seorang penunggang motosikal Ducati.
  • Ramai selebriti dan anak-anak terhibur dengan game yang dikendalikan oleh Ajieb dan Ayie kali ini sehingga ramai yang tidak kering gusi.
  • Ifa Raziah adalah antara selebriti yang sukar memahami syarat game ala-ala Super Spontan sehingga terpaksa mengulangi game tersebut beberapa kali.
  • Anjuran Yok Sahur 5 kali ini sangat sistematik dan meriah sehingga ramai yang memuji telah terhibur dari mula hingga akhir acara.

No comments:

Post a Comment