Thursday, August 2, 2012

Meriahkan Raya Anda di Sungei Wang Plaza Dengan “Muzikal Aidilfitri”


Majlis pelancaran pada malam tersebut bermula dengan tarian pembuka tirai oleh Kumpulan Tarian Swatari diikuti dengan pemberian duit raya dan cenderamata kepada warga emas dari artis dan VIP. Persembahan pertama dimulakan dengan nyanyian kumpulan “Forteen” dengan lagu hebat mereka “ Seperti Dulu” dan lagu Hari Raya “Balik Kampung”. Nora kemudiannya mempersembahkan lagunya yang berjudul “Pedoman” dan juga lagu Raya “Selamat Hari Raya”.

Persembahan yang paling dinanti-nantikan pada malam tersebut adalah dari Ning Baizura di mana dia memulakan persembahan dengan lagu pertamanya “Alhamdulillah” diikuti dengan “Beribu Sesalan”.

Mengikut KK Lim, Pengurus Kanan Bahagian Promosi dan Perhubungan Awam Sungei Wang Plaza, konsep Muzikal Aidilfitri ini adalah untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim sesama kaum dengan pertunjukan beraneka jenis dengan irama merdu bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri harmoni.

Dia menambah lagi; “ Untuk majlis pelancaran dan berbuka puasa ini, kami berasa gembira kerana dapat bersama warga emas dari Rumah Al-Ikhsan untuk meraikan bersama kami supaya mereka tidak rasa ketinggalan atau sedih walaupun telah melalui kehidupan yang susah.”



Antara aktiviti menarik yang disediakan pada musim Raya ini termasuklah Persembahan Dramatari Muzikal Aidilfitri yang iaitu Menuju Puncak Muzikal (8.30pm pada 3,4,5,9 & 10 Ogos 2012) dan Esok Hari Raya Muzikal (8.30pm pada 16,17,24,25 & 26 Ogos 2012), Pertujukan Fesyen Busana Muslimah dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, JKKN ( 4pm pada 4 & 5 Ogos & 8.30pm pada 11 & 12 Ogos 2012), Muzikal Idol Search (5pm, 12 Ogos 2012) dan Bazar Aidilfitri (1-18 Ogos 2012).

No comments:

Post a Comment