Monday, August 6, 2012

Memey tidak kesah Norman rujuk Abby Abadi


SHAH ALAM - Selebriti Memey Suhaiza hari ini menegaskan bahawa isu rujuk antara suaminya, Norman Hakim dan Abby Abadi tidak benar. Isu ini menjadi perhatian ramai selepas Abby memuat naik gambar mesra mereka bertiga pada 7 Ramadan lalu menerusi Twitternya.

Menurutnya Memey, isu rujuk semula tidak pernah timbul antara Norman dan kak Abby.

"Jika saya dan abang Norman berjumpa kak Abby, kami hanya membincangkan tentang hal anak-anak dan tidak pernah membincangkan isu rujuk yang digembar-gemburkan segelintir pihak sekarang ini,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Tambah Memey, dia dan Norman berharap isu ini seperti ini tidak perlu diperbesarkan.

"Saya bersyukur hubungan saya dan kak Abby kembali pulih. Alhamdulillah berkat bulan yang mulia ini kami dapat berkumpul sebagai satu keluarga demi kebaikan anak-anak kami,” katanya yang kini sedang mengandung tiga bulan.

Semalam, Sinar Harian Online membawa laporan bahawa Abby juga telah menegaskan bahawa dia tiada hasrat untuk rujuk semula dengan bekas suaminya Norman.


#pencerahan, memang benar saya berbaik dengan bekas suami saya dan Memey, tetapi berbalik atau @ingin merujuk semula sebagai suami isteri tidak.

“Cukuplah dengan apa yang telah berlaku," kata Abby dalam laman mikro Twitter petang semalam.

Dalam pada itu, Memey sempat berkongsi tentang persiapan Aidilfitri kali ini.

“Sambutan raya tahun ini disambut sederhana yang lebihnya untuk anak-anak,” katanya.

Memey turut memberitahu bahawa tema baju raya tahun ini warna unggu dan  akan menyambut 1 Syawal bersama Norman dan anak-anak di rumah mertuanya di Kuantan, Pahang.

No comments:

Post a Comment