Tuesday, August 28, 2012

Kisah Paling Menyayat Hati 'Cinta Adam & Hawa'


Ketika ini, ramai yang mungkin sudah tidak sabar untuk menonton drama bersiri Adam & Hawa terbitan Global Station Sdn Bhd yang bakal menemui para penonton pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam bermula 27 Ogos 2012 di saluran Mustika HD (saluran 134).

Merupakan drama bersiri 80 episod yang diadaptasi daripada novel cinta terlaris hasil nukilan penulis Aisha Sofea, Adam & Hawa yang diterajui aktor Aaron Aziz & Nadiya Nisaa ini berkisarkan tentang sebuah kisah cinta yang cukup menyayat hati.

Drama Adam & Hawa mengisahkan tentang Ain Hawani; seorang remaja lepasan SPM dan bekerja di sebuah tadika yang dimiliki oleh kakak kepada Adam Mukhriz kerana menggantikan guru yang bersalin. Ain hanya bekerja sementara sahaja, kerana dia ingin menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi.

Sewaktu Ain bekerja di tadika tersebut, dia telah bertemu dengan Adam dan mula timbul rasa suka. Adam pula merupakan seorang jejaka kacak yang berpewatakan 'playboy' dan bekerja sebagai juruterbang.

Cita-cita Ain Hawani bagaikan terhenti di tengah jalan apabila berlaku peristiwa hitam dalam hidupnya yang mana dia telah ditangkap basah kerana dituduh berkhalwat dengan Adam. Ain telah dipaksa untuk berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga walaupun tidak rela.


Sejak itu timbullah perasaan benci Ain terhadap Adam kerana sikap Adam yang mendiamkan diri seolah benar mereka berkhalwat sedangkan mereka rupanya difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan hubungan mereka sebagai kawan.

Mereka berdua akhirnya berkahwin tetapi hubungan itu tidak seperti pasangan suami isteri yang lain kerana Ain masih membenci Adam dan tidak boleh menerima Adam sebagai suami walaupun sudah bernikah secara sah.

Ain Hawani kemudian melanjutkan pelajaran ke luar negeri lalu mereka berpisah selama 8 tahun. Walaupun begitu, Adam masih menganggap Ain sebagai isterinya yang sah namun tidak bagi Ain yang menganggap sebaliknya.

Akhirnya mereka telah bertemu kembali di depan pintu Masjidil Haram di Kota Mekah. Adam mengharapkan Ain kembali kepadanya tetapi Ain masih lagi ego dan enggan menerima kehadiran Adam dalam hidupnya. Apakah kesudahan kisah cinta antara Adam & Hawa ini? Sama-sama kita saksikan kelak.

Selain Aaron Aziz & Nadia Nisaa, turut menjayakan drama ini termasuklah barisan pelakon baru dan lama seperti Anzalna Nasir seelau Dee, Elfaeza Ul Haq (Azie), Dazrin Kamarudin (Johan), Norman Hakim (Zul), Amyza Adnan (Cikgu Zawyah), Aznah Hamid (Maria) dan Rozie Rashid (Kak Zah).

Untuk menikmati saluran Mustika HD, para pelanggan Pakej Mustika hanya perlu melanggan perkhidmatan Astro B.yond dengan bayaran serendah RM20.00 sebulan.

Manakala bagi para pelanggan perkhidmatan Astro B.yond pula, mereka hanya perlu melanggan Pakej Mustika dengan bayaran RM12.95 sebulan untuk menikmati saluran ini. Untuk melanggan, sila layari laman web www.astro.com.my/byond atau www.astro.com.my/mustika atau hubungi 1300 82 3838.

No comments:

Post a Comment