Wednesday, August 8, 2012

Erra Fazira pula komen tentang Abby Abadi


Abby Abadi dan Erra Fazira, dua nama yang besar dan sudah lama bersama dalam industri hiburan. Pernah berlakon bersama dalam drama bersiri Gerak Khas, OHBULAN! sempat menemui Erra Fazira semalam ketika majlis berbuka puasa bersama Astro bertempat di Royal Bintang, Curve.

Masih mengekalkan kecantikannya, Erra Fazira ketika ditanya mengenai isu yang melanda Abby Abadi hanya tersenyum menjawab soalan yang diberikan.

“Saya menghormati apa yang dia (Abby Abadi) lalui sekarang. Kita tak tahu, mungkin dia ada cara penyampaiannya yang tersendiri,” ujar Erra memulakan perbualan.

Ditanya adakah dia bersetuju dengan tindakan Abby yang secara terang membuat kenyataan tentang politik, Erra menjawab, “Saya tak boleh kata setuju jika kita tak mengenali individu itu secara rapat.”
Erra turut memberitahu bahawa Abby memang seorang yang lantang dan berani bersuara.

“Dia memang seorang yang lantang dan berani bersuara, sejarah pun dah menceritakan Abby ini bagaimana orangnya.

“Saya tak kata tindakan dia betul atau salah, walau apa pun mahu berdakwah, mesti ada saluran yang betul. Jangan berdakwah jika ia mengakibatkan kesan yang negatif. Apa pun, saya tetap menghormati cara dia,” jelas Erra Fazira.


Dalam pada itu, Erra Fazira bakal memeriahkan raya anda di saluran Mustika HD (134) untuk rancangan hiburan Astro, “Mega Raya 2012″ dan Erra juga bakal digandingkan bersama Randy Pangalila dalam rancangan muzikal, “Randy! Oh My Raya!.

No comments:

Post a Comment