Thursday, August 2, 2012

Aril Jelas Statusnya Bersama Dayana AW


Masakan pokok bergoyang kalau angin tidak bertiup. Itulah perumpamaan yang sesuai untuk Aril atau Khairil Azam Pilus yang dikhabarkan mempunyai hubungan istimewa bersama bekas peserta Anak Wayang (AW), Dayana.

Bagaimanapun, ketika murai.com.my bertembung dengannya di majlis berbuka puasa Astro di Hotel Royale Bintang Damansara, jejaka yang kali pertama menyambut raya tanpa abangnya, arwah Izwan Pilus menegaskan mereka sama sekali tidak bercinta.

Sebaliknya bekas pengacara Trek Selebriti ini menyatakan hubungannya bersama Dayana tidak lebih sebagai rakan baik saja.

"Saya tidak bercinta pun dengan Dayana. Orang yang lebih-lebih kenen-kenenkan kami berdua. Sebenarnya, ketika di program Mania, Dayana kerap kali datang menyaksikan persembahan saya kerana dia hadir sebagai kawan. Malah, dia juga adalah pembantu peribadi saya waktu itu.

"Dia juga adalah orang yang menentukan pakaian apa yang sesuai dipakai oleh saya sepanjang program Mania. Lebih kurang macam stylish saya, dia ni" jelas Aril kepada murai.com.my.

Mempersetujui penjelasan Aril, Dayana yang hadir bersama Aril pada majlis itu mengakui mereka sekadar teman rapat saja.

"Saya dengan dia tiada apa. Kami tidak bercinta. Saya masih lagi single, begitu juga dengan Aril," ujarnya.

Untuk mengetahui penjelasan eksklusif Aril dan Dayana, jangan lupa menonton Propaganza Raya di Astro Ria yang bakal ditayangkan pada 19 Ogos nanti.

No comments:

Post a Comment