Tuesday, August 7, 2012

Apex Lelaki Melayu Pertama Jadi Duta Brylcreem


Selepas 84 tahun penubuhan jenama Brylcreem, penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex menjadi jejaka Melayu pertama yang disunting sebagai duta terbaru produk tersebut.

Ia terbukti apabila sebelum ini, Brylcreem yang mula wujud di pasaran pada 1928 hanya memilih duta di kalangan bintang sukan yang menjadi ikon seperti pemain kriket England, Kevin Pieterson (2009), David Beckham (1997), Johny Haynes (1950) dan Denis Compton (1940).

Menjelaskan mengenai pemilihan itu, Apex dengan rendah hati menyatakan ia sebagai satu penghormatan bukan saja buat dirinya tetapi penghargaan untuk semua rakyat Malaysia.

"Syukur Alhamdulillah, saya sendiri tidak menyangka saya adalah jejaka lelaki Melayu pertama dipilih untuk menjadi duta produk ini. Sejujurnya, saya rasa cukup bertuah dan merasakan ia adalah satu pengiktirafan bukan saja untuk saya tetapi untuk semua rakyat Malaysia.

"Saya juga menganggap ianya adalah satu penghargaan terhadap kesetiaan saya yang menggunakan produk ini sejak dari bangku sekolah lagi. Sungguhpun begitu, ia bukan bermakna saya boleh mendabik dada tanda megah tetapi ia sebagai satu cabaran untuk saya mempamerkan permainan cemerlang dalam mengharumkan nama negara.



"Masih jauh lagi buat diri saya untuk disamakan dengan duta sebelum ini iaitu Kevin Peterson dan David Beckham. Namun, saya akan terus berusaha dan menggalas tanggungjawab sebagai duta demi negara," katanya kepada murai.com.my.

Ditanya tentang lelaki yang menjaga penampilan, Apex menyifatkan ia bukanlah satu masalah tetapi satu kewajipan untuk lelaki tampak lebih yakin dalam melaksanakan tugas dan amanat sebagai lelaki.


"Dari penampilan tercetus pelbagai respon. Saya tidak menafikan, sebelum beraski di atas padang, saya juga akan menjaga penampilan saya. Saya akan merapikan diri saya agar kelihatan kemas tetapi tidaklah berlebihan sehingga menjejaskan imej seorang ahli sukan.

"Apabila saya sudah segak, ia menyakinkan diri saya untuk beraksi bagus di padang. Ia sebagai pemberi semangat buat diri saya," ujarnya.

Sementara itu, Apex menyifatkan dirinya masih tetap sama untuk lima tahun akan datang. Ianya kerana, matlamat hanyalah ingin berjaya dan mengharumkan nama negara.







No comments:

Post a Comment