Thursday, August 2, 2012

Cuti Sekolah Mula 17 Ogos Sempena Raya 2012


Sempena Aidilfitri yang mendatang, Kementerian Pelajaran telah menetapkan Jumaat 17 Ogos sebagai cuti berganti untuk sekolah di negeri yang cuti hujung minggunya pada hari Sabtu & Ahad. Pihak sekolah dicadangkan mengganti cuti berkenaan pada Sabtu 22 September.

Namun, permohonan cuti berganti untuk 15 & 16 Ogos oleh sesetengah pihak tidak diendahkan oleh pihak kementerian.

Tujuan cuti awal ini adalah untuk memudahkan orang ramai merancang perjalanan pulang ke kampung tanpa berlu meredah kesesakan lalu lintas yang teruk menjelang perayaan nanti.

p/s: untunglah cuti awal....tapi yang x bestnya kalau nak kena ganti tu la..haha





No comments:

Post a Comment