Tuesday, July 24, 2012

Siapa Dalang Rancang Zed Zaidi Kemalangan?


Awal tengah malam tadi, menerusi perkhabaran oleh beberapa sumber menyampaikan yang pelakon Zed Zaidi terlibat dalam kemalangan yang agak dahsyat.

Dan kalau dilihatkan kepada sekeping foto yang tersebar luas laman Twitter ketika itu, memang nampak keadaan Zed Zaidi sangat parah dan menimbulkan kerisauan di hati peminat.

Ini terbukti apabila hashtag #PrayForZedZaidi menjadi trending topic di Twitter dalam masa kurang sejam sebelum berita sebenar sampai ke pengetahuan umum.

Bagaimanapun beberapa pihak yang rapat dengan Zed Zaidi mengesahkan kemalangan yang didakwa terjadi itu hanyalah sebahagian daripada babak lakonan untuk sebuah drama. 

Jadi, kepada peminat semua tiada apa yang perlu dirisaukan buat masa ini kerana apa yang terjadi kepada Zed Zaidi awal pagi tadi merupakan satu salah faham. Saja bikin suspen...


Mengukuhkan lagi ia menjadi menjadi trending topic di Twitter awal pagi ini melihat kepada hashtag #PrayForZedZaidi

Setelah menanti kemaskini terkini,rupanya ini adalah gambar dalam babak drama yang sedang dilakonkan oleh Zed Zaidi dan perkara ini disahkan oleh rakan artis




Kepada peminat Zed Zaidi, bolehlah anda menarik nafas lega. Tak perlu risau kerana pelakon kesayangan anda sebenarnya sihat walafiat. Kakileaks doakan agar hidup Zed Zaidi sentiasa jauh daripada kemalangan seperti di dalam drama lakonannya ini. Sama-sama kita doakan.

No comments:

Post a Comment