Tuesday, July 3, 2012

Saida dakwa bekas suami biadap pada arwah ayah


SELAMA ini, penyanyi yang juga merupakan produk program realiti Akademi Fantasia musim keenam (AF6), Siti Norsaida Tarudin, 36, atau Saida kerap kali berdolak-dalik mengenai punca sebenar keruntuhan rumahtangganya.

Kakak kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza ini juga langsung tidak mahu membuka mulut mengenai punca sebenar perpisahannya dengan bekas suami, Mohd Ghazali Yahya Zikri.

Kedua-dua mereka disahkan bercerai pada 7 Oktober 2011 setelah mengharungi beberapa siri pergolakan rumahtangga termasuk Saida yang didakwa curang terhadap bekas suaminya itu.

Selain didakwa kerana ada orang ketiga, perceraian itu juga berlaku disebabkan bekas suaminya yang didakwa tidak menghormati arwah bapanya, Tarudin Ismail.

Namun, spekulasi cuma tinggal spekulasi selagi Saida sendiri masih enggan membuka mulut mengenai apa sebenarnya yang berlaku sehingga membenarkan perceraian itu terjadi.



Peluang bertemu mata dengan Saida baru-baru ini, membolehkan Pancaindera menggali mengenai kehidupan baru Saida selepas dia bergelar ibu tunggal.

No comments:

Post a Comment