Wednesday, July 18, 2012

Ning Baizura Keji PAS, Selar Salahuddin Ayub


Lagi isu selebriti dan politik. Boleh jadi, bahang pilihanraya sudah mula terasa agaknya. Bukan setakat isu penyanyi-pelakon Abby Abadi yang hangat baru-baru ini, timbul satu lagi isu terbaru, penyanyi Ning Baizura telah ‘mengamuk’ di Twitter dengan mengatakan bahawa sebuah parti politik iaitu PAS, telah memfitnahnya.

Awal malam tadi, Ning menerusi akaun Twitternya mendakwa Parti Islam Semalaysia (PAS), telah menyebarkan khabar kononnya dia telah menyertai parti politik itu.

Selain, Ning juga menyatakan bahawa pihak tidak bertanggungjawab telah menyebarkan gambar dia bertudung, padahal gambar tersebut adalah gambar untuk drama tahun lepas yang disimpan di dalam koleksinya.

Penyanyi Awan Yang Terpilu ini juga turut menyuarakan kekecewaannya terhadap perkara tersebut. Tindakan PAS menyebarkan gambarnya bertudung dikecam penyanyi ini kerana didakwa sebagai menggunakan hasil kerja lain untuk kepentingan politik.




Ning turut berkongsi keratan akhbar kenyataan salah seorang pemimpin tertinggi PAS tentang dakwaan yang Ning Baizura bakal menyertai PAS tidak lama lagi kepada Sinar Harian.




No comments:

Post a Comment