Friday, July 13, 2012

Nasha Aziz sahkan umurnya 41, masih solo


Kalau lihatkan rupa, Nasha Aziz merupakan salah seorang wanita idaman jejaka Malaya. Namun sehingga ke hari ini, masih tiada jejaka yang berjaya mencuri hati si dara ini. Sudah pun berumur 41 tahun, Nasha masih tampak muda, masih solo dan masih mencari si Adam yang boleh mengisi hatinya.

Rasanya suatu ketika dahulu Nasha pernah dikatakan bercinta hangat dengan seorang jejaka Nur Iman Tang. Namun nampaknya cinta mereka sudah tamat. Ada peluanglah untuk kaum Adam di luar sana mengorat Nasha. Kata Nasha:-
Masih solo. Tak mengenali, mengenali pun. Penat lah nak kenal-kenal (gelak). Lagipun banyak benda yang kita perlu mengenali, kan. Saya serahkan pada-Nya. Saya harus bersyukur. Saya tak nak demand, tak nak merungut kenapa sampai sekarang saya belum bertemu jodoh. Lagipun saya tidak menerima sebarang desakan dari keluarga mahupun teman-teman rapat. Lambat atau cepat, saya percaya pada kentetuan-Nya. 
Mungkin bagi sesetengah wanita, apatahlagi bila dah berumur, mereka akan risau kalau masih belum berkahwin. Mereka mungkin malu. Tapi bagi saya, tak perlu rasa malu. Bukankah setiap kita dah di janjikan akan ada adam atau hawa untuk kita semua. Maknanya ada lah Adam saya, satu hari nanti.

Nampaknya selepas Ella, pastinya perkahwinan Nasha Aziz yang ditunggu ramai. Abang Nara doakan agar Nasha cepat-cepat bertemu jodoh. Makin tua nanti sukar pulak untuk menimang cahaya mata sendiri. Lagi 6 keping gambar Nasha Aziz yang terbaru dengan membaca entri ini sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment