Sunday, July 22, 2012

Najwa Latif Lancar Single Religi, AdaMu (VIDEO)


Sempena kedatangan Ramadhan yang mulia ini, Najwa Latif telah melancarkan single religi beliau yang berjudul “AdaMU” serentak dengan video muzik yang dilancarkan di saluran YouTube-nya.

Lagu “AdaMU’ dinukilkan pada Ramadan lepas manakala liriknya ditulis oleh kakaknya, Ika. Menurut Najwa, lagu ini hadiah khas buat peminat yang merindui kemunculannya di khalayak ramai kerana berehat daripada aktiviti seni serta sedang membuat persiapaan untuk peperiksaan SPM akan dihadapinya nanti.

Satu kelebihan single ini ialah mesej yang ingin di sampaikan dan di harap dapat memberi manafaat kepada pendengar.

Saksikan Video Musik Official Najwa Latif - AdaMu - YouTube







AdaMU

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniaNya di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Untuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna Kau yang satu
Yang setia bersamaku
Di kala ku jatuh ku bangkit kerna Mu
Ku tahu ku adaMu di sisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Lagu: Najwa Latif (NAR Publishing SDN BHD)
Lirik: Ika Latif (NAR Publishing SDN BHD)


No comments:

Post a Comment