Sunday, July 15, 2012

Najib Dimalukan Di Hari Koperasi Negara

Banyak kerusi yang kosong sedangkan Najib masih berada di pentas utama.

Untuk mengelakkan sebarang laporan berbentuk negatif terhadap Kerajaan yang dipimpin oleh Najib atau laporan yang negatif tentang Najib sendiri, media-media yang ditunggang UMNO tidak akan menyiarkan laporan sedemikian.

Perkara ini jelas kerana ianya telah berlaku dalam Konvensyen Media Sosial 1Malaysia semalam bilamana wartawan Malaysiakini telah dihalau keluar dari dewan kerana menyiarkan satu laporan yang mendedahkan UMNO membayar cybertrooper mereka.

Laporan berikut adalah satu laporan yang tak mungkin disiarkan oleh sebarang media yang ditunggang oleh Kerajan UMNO/BN.

Ekspo dan pameran Hari Koperasi Negara (HKN) ke-11 telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam 14 Julai pada pukul 8.30 malam.

Ianya telah berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula 13 Julai.

Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Md Yusof Samsudin berkata ini adalah kali pertama koperasi dari rantau Asean menyertai ekspo tersebut yang merupakan pengisian sambutan Hari Koperasi Negara 2012.

Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Bandar Sunway melangkah keluar Stadium sebaik sahaja Menteri KPDNKK, YB Dato' Sri Ismail Sabri memulakan ucapan.

Dan beliau menyasarkan 100,000 ahli koperasi dan orang ramai menghadiri sambutan Hari Koperasi Negara itu.

Malangnya.. perasmian yang dilakukan oleh Najib itu gagal sama sekali menarik orang ramai, dan seperti biasa untuk menjadikan majlis tersebut gah dengan kehadiran orang ramai memenuhi stadium pelajar-pelajar sekolah terpaksa di upah.

Ada sumber yang mengatakan mereka dibayar RM30 seorang untuk hadir.. RM30 tu selepas kena tapis sepatutnya RM50 seorang..

Oleh kerana mereka diupah untuk hadir memenuhi Stadium, apa yang Najib ucapkan semasa perasmian tersebut tidak dipedulikan mereka.


Jumlah kehadiran: BERNAMA dan akhbar arus perdana menyatakan 80,000 yang hadir.

Sumber: http://darisungaiderhaka.blogspot.com

No comments:

Post a Comment