Monday, July 23, 2012

Mamee ‘Eratkan Rasa, Raikan Suasana’


Bulan Ramadhan bukan sahaja bulan mengerjakan kebajikan tetapi juga saat mengeratkan silaturahim antara kita dan saudara-saudara lain. Bertemakan semangat persaudaraan ini, produk makanan tempatan, Mamee telah melancarkan kempen perayaan terbaru iaitu ‘Eratkan Rasa, Raikan Suasana’.

Antara objektif kempen ini adalah untuk Mamee membantu golongan yang kurang bernasib baik. Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, sepasukan kakitangan Mamee akan menjelajah dan melawat keluarga yang dalam kesempitan, ibu-ibu tunggal, anak-anak yatim, rumah warga tua, komuniti pendalaman serta anggota-anggota keselamatan negara.

Menurut Timbalan Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran Mamee-Double Decker, Pierre Pang, “Mamee percaya dengan falsafah memberi balik kepada masyarakat dan kami sememangnya berusaha untuk membantu mereka yang memerlukan dengan melancarkan kempen ‘Eratkan Rasa, Raikan Suasana’ ini.

Bagi menjayakan kempen istimewa ini, Mamee telah menyediakan pelbagai bentuk buah tangan selain beberapa siri program penjelajahan. Mamee juga bercadang untuk bersahur bersama komuniti Muslim dan menjalani Qiamullail bersama beberapa kumpulan terpilih.

Dalam usaha mengukuhkan lagi mesej persaudaraan, Mamee telah menghasilkan sebuah lagu istimewa sempena musim perayaan ini bertajuk, ‘Erat’. Lagu ini mengandungi mesej yang berguna dan bakal dimuat naik ke internet untuk dinikmati dan dikongsi kepada semua peminat.

Bagi memeriahkan lagi usaha ini, Mamee telah bergabung tenaga bersama selebriti terkenal tanahair, Shaheizy Sam selaku duta Mamee Sllrrppp. Sam ketika ditemui mengakui berasa bertuah dapat menjayakan kempen ini bersama Mamee kerana ia dapat membuka peluang kepadanya untuk mendekati peminat yang kurang bernasib baik. Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai kempen ini, boleh layari www.mamee.com. 

No comments:

Post a Comment