Saturday, July 28, 2012

Lisa Surihani Jual Pakaian Preloved


Semakin ramai nampaknya berminat dengan barangan preloved atau pra-guna dan semakin ramai jugalah yang mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan menguntungkan ini.

Pelakon popular, Lisa Surihani misalnya merupakan salah seorang daripada individu yang berminat dengan perniagaan preloved apabila dia sanggup menyumbangkan baju kurung pra-guna miliknya untuk dijual secara online.

Menggunakan medium laman web friendlyfashion.my iaitu laman web beli-belah terbaik tahun ini, pelakon Ombak Rindu itu telah menyertai kempen For the Love of Preloved di mana hasil jualan pakaian preloved miliknya akan disumbangkan bagi tujuan kebajikan.

"Sudah lama saya teringin menyertai usaha yang menarik minat saya. Antara usaha tersebut termasuklah berkongsi pakaian pra-guna saya di friendlyfashion.my kerana ia membolehkan saya berhubung dengan gadis-gadis lain yang lebih gemar berkongsi pakaian berbanding menyimpannya dalam keadaan tidak dipakai," katanya dalam satu kenyataan.

Menyertai Lisa Surihani bagi menjayakan kempen berkenaan ialah personaliti TV, Rina Omar,pelakon Sharifah Sofia dan juga Belinda Chee.


Pentadbir laman web berkenaan, Diyanah Hashim berkata pihaknya mendapat sambutan yang amat menggalakan daripada golongan selebriti sekali gus menjadi faktor bagi kejayaan kepada kempen berkenaan.

"Semestinya, kami cuba untuk mendapatkan lebih banyak selebriti untuk turut serta dalam usaha kami ini kerana sambutan yang kami terima setakat ini sangat baik.

"Walaupun baru sehari dilancarkan, tapi dua helai baju kurung Lisa Surihani telah pun dijual. Nasib baik kami mengemas kini setiap hari, agar ada baju untuk dijual sepanjang bulan Ramadhan ini," kata Diyana Hashim.


Sementara itu, pengacara TV, Rina Omar berkata tiada gunanya untuk menyimpan pakaian yang tidak lagi digunakan. Sebaliknya lebih baik menjualnya atau diberikan kepada orang lain yang dapat memakainya.

"Saya akan memberikan dua helai baju kurung saya yang sebenarnya sangat saya gemari, tetapi saya sudah tidak muat. Saya berharap akan ada seseorang yang dapat menjaga baju kurung tersebut dengan baik kerana baju-baju tersebut begitu istimewa buat saya," katanya.


Friendlyfashion.my yang baru-baru ini telah dianugerahkan 'Online Shop of the Year'' oleh DiGi WWWOW Awards.

Semua keuntungan kempen itu akan disumbangkan kepada Women's Aid Organization. Untuk menyokong kempen Love for Preloved, sila layari www.friendlyfashion.my.





No comments:

Post a Comment