Friday, July 13, 2012

Kes Mat Sabu ditangguh hingga Selasa


BUTTERWORTH - Kes Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berhubung isu Bukit Kepong dan komunis tahun lalu ditangguhkan sehingga Selasa ini.

Prosiding ditangguhkan sementara menunggu keputusan permohonan rayuan berkenaan kes itu di Mahkamah Rayuan, Isnin ini.

Hakim Ikmal Hishan Ahmad Tajuddin menetapkan satu tarikh lain untuk perbicaraan selepas beliau menerima surat penangguhan daripada pihak peguam bela mewakili Mohamad yang turut dikenali sebagai Mat Sabu sementara menantikan keputusan rayuan kes berkenaan yang telah difailkan sebelum ini.     

Rayuan dikemukakan selepas permohonan Mat Sabu untuk mengenepikan kes ini ditolak oleh Mahkamah TInggi Pulau PInang pd 22 Februari lalu.

Bagaimanapun Ikhmal menetapkan 17 Julai ini sebagai tarikh baru sama ada untuk meneruskan kes itu atau menggugurkanya sementara menanti keputusan rayuan berkenaan.habis

No comments:

Post a Comment