Monday, July 23, 2012

“Buffet Ramadhan” Bersama Dato Fazley di Cyberview Resort


Setelah menjuarai pertandingan MasterChef Selebriti baru-baru ini, Dato’ Fazley Yaakob akan menjadi chef jemputan di Hotel Cyberview Resort & Spa yang terletak di Cyberjaya selama tiga bulan.

Jika anda mengikuti rancangan televisyen tersebut, pasti anda mahu mencuba masakan beliau. Fazley turut akan membuat penampilan khas di hotel itu pada hari Jumaat dan Sabtu.

Dengan harga RM79.00 seorang, anda boleh menikmati sajian tempatan dan juga antarabangsa seperti tauhu sumbat, acar rampai, bubur lambuk, kerabu dan ulam, nasi arab berlaukkan daging kambing, ikan bakar dan air asam, dim sum dan juga BBQ.

Untuk maklumat lanjut hubungi : 03-83127091, 03-83127092

No comments:

Post a Comment