Tuesday, July 24, 2012

Akhirnya Farid Kamil Berlakon Bersama Diana Danielle?


Demi mahu mengelak kisah cintanya dieksploitasikan banyak pihak terutama media sebagai sumber publisiti , pelakon Farid Kamil sebelum ini pernah mengeluarkan janji yang dia tidak akan bekerjasama dengan kekasihnya, Diana Danielle dalam mana-mana produksi.

Namun begitu, Farid Kamil berkata, baru-baru ini dia terpaksa melanggar prinsipnya itu dalam Hantu Gangster kerana tidak mengetahui kekasihnya itu turut bersama berlakon dalam filem arahan Namewee itu.

"Sebelum ini memang saya pernah beritahu yang kami tidak akan berlakon bersama seandainya ada pihak yang mahu menggandingkan kami. Ini kerana saya tidak mahu hubungan cinta kami dieskploitasikan semata-mata untuk mengaut keuntungan bagi pihak tertentu.

"Namun ketika menerima tawaran berlakon untuk produksi filem Hantu Gangster, saya sendiri tidak tahu dan tidak diberitahu bahawa Diana Danielle juga turut berlakon bersama.

"Selepas saya dan Diana bersetuju untuk berlakon, barulah kami dapat tahu kami akan berkerjasama. Namun , saya tidak punya masalah berlakon di samping Diana, malah selesa berganding bersamanya," katanya kepada murai.com.my pada majlis tayangan prebiu filem Hantu Gangster baru-baru ini.

Sungguh pun begitu, hero filem Semerah Cinta Stilleto itu berkata, dia yakin pihak produksi filem tersebut iaitu, Prodigee Media Sdn Bhd tidak bermaksud untuk mengeksploitasikan kisah cinta mereka sebagai publisiti terhadap filem Hantu Gangster.



"Saya diberitahu pihak produksi, mereka sendiri tidak tahu kami bercinta ketika mula menawarkan filem ini kepada saya dan Diana. Ianya hanyalah secara kebetulan dan saya tidak rasa mereka sengaja mahu mencari publisiti dari kisah cinta kami untuk filem mereka," tambahnya lagi.

Mengulas mengenai lakonannya sebagai watak Ewan di dalam Hantu Gangster, Farid memberitahu Namewee merupakan pengarah yang berjaya mengeluarkan satu karakter yang berbeza daipada watak yang pernah dibawakan sebelum ini.

"Selepas melihat lakonan saya dalam filem ini saya rasa geli pula kerana ianya satu karakkter yang sangat berbeza daripada diri saya sebenar, namun Namewee berjaya mengeluarkannya daripada diri saya ke dalam filem ini.


"Malah, pertama kali menonton lakonan saya itu, saya berasa sangat malu. Tetapi dalam masa yang sama, saya dapat melihat karakter gangster yang berkipas dan poyo itu sesuai diwujudkan dalam jalan cerita filem ini,"tambahnya lagi.

Selain, Farid dan Diana, filem tersebut turut dibintangi oleh Taiyuddin Bakar, Dato' Jalaluddin Hassan, Noh Hujan, Mizz Nina, Amber Chia dan ramai lagi. Malah, pengarahnya, Namawee turut sama membintangi filem ini.

No comments:

Post a Comment